Riwayat Hidup Umar bin al-Khattab

Nama beliau adalah Umar bin Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Rabah bin Abdullah bin Qarti Razah bin Adi bin Kaab. Beliau diberi gelaran sebagai Abu Hafsin dan dipanggil Faruq (pemisah) oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Menurut laporan hadis, beliau dilahirkan empat tahun selepas peristiwa besar iaitu 30 tahun sebelum kenabian. Menurut Al-Thabari pula, beliau dilahirkan di Mekkah empat tahun sebelum Perang Fijir manakala menurut sumber lain, beliau dilahirkan 13 tahun selepas Thaun Gajah. Oleh itu, perbezaan usia antara beliau dengan Rasulullah lebih kurang 10 sehingga  13 tahun.

Umar bin Al-Khattab lahir dari kalangan keluarga yang bukan beragama Islam. Beliau menganut agama Islam setelah memasuki usia remaja. Menurut buku Adab al-Islam, pengaruhnya terhadap perkembangan dan dakwah Islam besar sekali.

Setelah Umar bin Al-Khattab memerintah selama lebih kurang 10 tahun, beliau wafat pada tanggal 27 Zul al-Hijjah tahun 23H akibat tikaman pisau Abu Lu’luah seorang lelaki berketurunan Persia.

Maklumat dipetik daripada:

Tajuk: Pelaksaanan Hukum Islam

Penerbit: Universiti Teknologi Malaysia

Pengarang: Mohd Zubil Bahak

 

Tajuk: Sejarah Khalifah

Penerbit: PTS Publications & Distribution Sdn.Bhd

Pengarang: Prof. Dr.Amin Qudah