Peranan PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.

PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.

Piagam PBB

Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:

KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM

  • untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia, dan
  • untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, dan
  • untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan, dan
  • untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas,

DAN UNTUK TUJUAN INI

  • akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan
  • akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan
  • akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan
  • akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial untuk semua manusia,

MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENGGABUNGKAN USAHA KAMI SUPAYA DAPAT MENCAPAI MATLAMAT INI

Maklumat tersebut dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Peranan PBB dalam menganani isu Palestin kini dipertikaikan oleh beberapa pihak. Namun PBB tidak hanya memerhati keadaan yang berlaku tetapi ambil langkah yang mampu untuk meperbaiki keadaan tersebut.

Untuk maklumat yang lanjut sila klik pada link tersebut.

http://remaja.suaramerdeka.com/2009/01/09/konflik-palestina-israel-dan-peran-pbb/

http://www.republika.co.id/berita/internasional/palestina-israel/11/11/12/luj3ip-pemimpin-palestina-sesalkan-rekomendasi-dewan-keamanan-pbb

http://pirhot-nababan.blogspot.com/2008/02/peranan-pbb-dalam-penyelesaian-konflik.html

Malaysian for Peace

Terdapat pihak Malaysia yang prihatin terhadap keadaan rakyat Palestin ini untuk menyuarakan hak mereka terhadap Israel. Pihak ini melakukan beberapa perkara yang mungkin untuk mengurangkan beban rakyat Palestin. Secara tidak langsung, ini dapat memberi sokongan moral kepada rakyat Palestin bahawa mereka bukan keseorangan malah terdapat pihak lain untuk menghulurkan bantuan apabila diperlukan.

Untuk keterangan lanjut Malaysians for Peace, sila klik pada link tersebut.

http://www.peacemalaysia.com/index.php?s=palestin

Palestin Kini

Palestin kini masih berdepan dengan pelbagai cabaran. Anak-anak kecil masih tidak dapat menikmati ilmu dengan bebas. Wanita-wanita dan anak-anak kecil sering berdepan dengan kecederaan dan perlu menyelamatkan nyawa mereka yang tidak tahu apa yang mungkin berlaku pada saat yang akan datang. Masa depan rakyat palestin belum tentu lagi akan aman, mereka terpaksa berjuang demi kesejahteraan tanah mereka.

Kehidupan yang sengsara mereka dilihat pada link ini.

http://palestinkini.info/