Nabi Muhammad Penyinar Tamadun

  • Penyinar hidup manusia di Tanah Arab ialah Nabi Muhammad S.A.W. Pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah iaitu 20 April 570 Masihi, Nabi Muhammad dilahirkan. Muhammad bin Abdullah ialah nama penuh baginda. Baginda berasal daripada salah satu suku kaum dalam kabilah Quraisy iaitu keturunan Bani Hayim. Abdullah bin Abu mutalib merupakan bapa baginda yang telah meningal dunia ketika baginda masih dalam kandungan.
  • Wahyu pertama yang diterima Nabi Muhammad SAW

–          Ketika berusia 40 tahun, pada suatu malam bulan ramadhan.

–          Malaikat Jibril telah datang kepada Muhammad, baginda sedang tidur dalam sebuah gua bernama Hira’ dan berkata: “Bacalah!” Muhammad berasa keberatan dan sebanyak 3 kali.

–          Malaikat tersebut hampir merimaskan Muhammad sehingga baginda berkata: “Apa yang hendak dibaca” Kemudian malaikat berkata: “Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam, Dia yang mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”

  • Baginda diutuskan wahyu bertujuan untuk:

–          untuk memberitahu masyarakat Arab bahawa Tuhan itu satu dan tiada Tuhan lain yang berhak disembah melainkan Allah.

–          Untuk membasmi kejahilan masyarakat Arab

–          Dengan turunnya wahyu pertama: bermulalah agama baru yang diberi nama Islam yang bermaksud menurut perintah Allah.

–          Tamat Zaman Jahiliyah.

–          Bermula era baru yang dikenali sebagai Zaman al-Quran.
Surah al-‘Alaq merupakan wahyu pertama diterima oleh baginda yang meyatakan bahawa penetahuan membaca dan menulis adalah asas dalam pendidikan Islam.

  • Mereka yang menerima Islam pada peringkat awal ialah daripada kaum keluarga baginda iaitu:
    -Siti Khadijah r.a
    -Ali bin Abi Talib k.w
    -Abu Bakar al-Siddiq r.a
    -Uthman bin Affan r.a
  • Hijrah Rasulullah SAW :

Agama islam telah disebarkan di Makkah selama 13 tahum oleh baginda.
Kaum musyrikin Quraisy menentang usaha penyebaran agama Islam dan ramai pengikut baginda diseksa. Baginda mengarahkan penikut baginda berhijrah ke Habsyah pada 615 Masihi. Baginda kemudian berhjrah ke Thaif lima tahun kemudian. Penduduk setempat telah bekerjasama dengan kaum musyrikin Makkah untuk menentang baginda. Mayarakat Quraisy tidak mahu menghapuskan kepercayaan dan amalan yang diamalkan ole nenek moyang mereka sejak turun temurun. Baginda mengambil keputusan untuk berhijrah ke Yathrib bersama-sama Abu Bakar al-Siddiq serta sahabat-sahabat yang lain. Penghijrahan itu berlaku pada 1 Rabiulawal (12 september 622 Masihi) . Perubahan besar telah berlaku bagi Tanah Arab dengan peristiwa tersebut, iaitu:

–          Hijrah menandakan permulaan tahun hijrah dalam kelendar Islam.

–          Nama kota Yathrib ditukar menjadi Madinah atau bandar Nabi.
Satu perjanjian telah dibuat oleh bagida diantara kaum Aus dan Khazraj di Madinah.
Perjanjian itu berlaku dalam dua peringkat di Aqabah.
Sebanyak 12 orang kaum Aus dan Khazraj dilantik untuk menyebarkan agama Islam di Madinah menurut kedua-dua perjanjian itu. Dengan itu Madinah dijadikan tapak penyebaran agama Islam yang baru.

  • Perubahan selepas hijrah :

Perkembangan Agama Islam :
Kegiatan dakwah telah disekat sebelum hijrah. Amalan ibadat tidak dapat dilakukan secara terang. Orang Islam dapat melakukan ibadat secara terang selepas hijrah tanpa sebarang halangan. Nabi Muhammad telah membina sebuah masjid iaitu masjid al-Nabawi bagi menegak dan menyebarkan agama Islam. Masjid bukan sahaja menjadi tempat beribadat tetapi juga sebagai pusat aktiviti orang islam. Menyatupadukan dan menjalin persaudaraan antara orang Islam juga menjadi peranan masjid.

Pembentukan Negara Islam:
Orang Arab hidup berpecah belah sebelum hijrah disebabkan amalam konsep asabiyah dan sistem berkabilah. Seluruh mayarakat Arab disatukan di bawah satu akidah yang berasaskan keimanan terhadap Allah s.w.t selepas hijrah. Orang Muhajirin dan Ansar telah dipersaudarakan oleh Rasulullah. Puak Aus dan Khazraj juga disatukan menjadi Ansar. Dengan itu, sebuah negara Islam telah dibentuk oleh Rasulullah di Madinah. Di Madinah, pemerintahan Islam adalah berasaskan lunas-lunas kemanusiaan dan keadilan yang dilanjurkan oleh al-Quran.

  • Undang-undang syariah Islam dilaksanakan sepenuhnya:

-semua rakyat mendapat hak perlindungan yang sama
-kaum wanita mendapat status yang sewajarnya
-tiada lagi penindasan kaum kaya dan miskin atau antara yang kuat dan yang lemah

Piagam Madinah atau Sahifah telah dibentuk oleh Rasulullah.
Tujuannya adalah untuk melahirkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang adil, stabil dan maju. Undang-undang kerajaan Islam Madinah adalah berasaskan wahyu dan dijadikan dasar Piagam Madinah. Piagam ini merujuk kepada kanun dan perjanjian bertulis tentang hak dan tangggungjawab pemerintah dengan orang yang diperintah. Masyarakat berbilang kaum dan agama di Madinah dianggap sebagai satu ummah di bawah piagam tersebut. Mereka mesti menegakkan keadilan, membanteras kezaliman dan bekerjasama mengukuhkan ekonomi negara. Pemimpin ummah dan negara Madinah ialah Nabi Muhammad s.a.w.
Mempertahankan Maruah dan Hak
Agama Islam adalah agama damai. Islam mmbawa erti perdamaian. Umat Islam dilarang melakukan permusuhan dan paksaan seperti yang dinyatakan dalam al-Quran. Penyebaran agama Islam dilakukan secara aman. Rasulullah tidak memaksa sesiapa memeluk agama Islam. Bilal bin Rabah, Salman al-Farisi dan Umar al-Khattab merupakan tokoh yang memeluk Islam dengan rela hati. Ekspidisi tentera telah disertai oleh Rasulullah untuk mempertahankan dan menegakkan keadilan Islam.

Peperangan

a) Perang Badar (623 Masihi)

–          Rasulullah berperang dengan kaum Quraisy Mekah yang menentang dan mengancam penyebaran agama Islam

–          Pihak Islam telah menewaskan kaum Quraisy

–          Kepercayaan terhadap agama Islam bertambah kuat dan umat Islam bersatu-padu

–          Pengaruh kaum Quraisy semakin merosot

b) Perang Uhud (624 Masihi)

–          Peperangan dilancarkan oleh kaum Quraisy terhadap umat Islam untuk menebus kesalahan mereka

–          Kaum Quraisy telah menang

–          Mereka berperang untuk menghapuskan agama Islam

c)      Perang khandak (625 Masihi)

–          Berlaku disekitar kota Madinah

–          Kaum Quraisy bergabung dengan puak-puak lain untuk menumpaskan agama Islam

–          Pihak Islam telah dapat menumpaskan kaum Quraisy

–          Pengaruh kaum Quraisy semakin merosot

d)     Perang Tabuk (630 Masihi)

–          Ia merupakan perang teakhir yang disertai oleh Rasulullah

–          Ia berlaku diluar kota Madinah

–          Pihak Islam dapat menumpaskan orang bukan Islam

Baginda telah pergi menunaikan fardu haji bersama 100, 000 orang pengikutnya. Pada masa yang sama, baginda telah menyampaikan amanat yang terakhri. Dalam amanat tersebut, baginda telah menyeru umat Islam supaya berpegang teguh kepada dua perkara, iaitu al-Quran dan Sunnahnya. Hikmah perjuangan Rasulullah ialah supaya umat Islam berikhtiar untuyk mencapai kejayaan. Apabila Perjanjian Hubaibiah dimeterai pada tahun 625 Masihi, umat Islam mencapai satu kejayaan yang besar.
Dengan ini, negara Islam telah diikftiraf. Kemudian dengan pembukaan kota Makkah pada tahun 630 Masihi. Rasulullah dengan 10, 000 orang pengikutnya telah memasuki kota Makkah dan meruntuhkan 360 buah berhala. Akidah orang Islam dan mewujudkan sebuah masyarakat berilmu, insaf dan bertawakkal telah berjaya di bentuk. Tugas baginda telah disambung oleh 4 orang khalifah yang berkaliber:

–          Abu Bakar al-Siddiq r.a

–          Umar bin al-Khatab r.a

–          Uthman bin Affan r.a

–          Ali bin Abi Talib k.w

Zaman pemerintahan khalifah adalah penting dalam sejarah Islam dan dinamakan Zaman Khalifah al-Rasyidin.

One thought on “Nabi Muhammad Penyinar Tamadun

  1. nurafifah83 says:

    usaha yang baik..teruskan memberi komitment dalam bidang anda

Leave a comment